BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 6, 2011

sekali lagi.. T_T

ape yang aku takotkan terjadi lagi..
yer.. mungkin ade hikmah disebaliknya.. redha jelah ape yang berlaku..
tapi ingatlah aku juga manusia yg punyai hati dan perasaan.. sakit perit. selalu aku dapat. bahagia? tidak selalu dtg dalam diri ini.. jadi jangan kaw sakiti hati aku lagi. x sanggop nak tanggung derita. !
yang dulu pergi belum hilang dr ingatan.. yg sekrang tinggal hanya angan2.
takpe2.. aku manusia yang hanya reti memaafkan. kerana aku tahu yang mencipta ku. adil dan saksama..
aku menangis.. tak siapa tahu.. aku pendam luahkan senyum..
aku sorokkan tangisan aku curahkan senyuman.. sebab aku xmahu lihat rakan2 simpati.
ape yang berlaku aku tanggung sendirian.. kerana aku dicipta untuk ujian..
pengalaman yang ada aku gunakan. yang kurang aku cuba tambahkan..

rasa sedih xpernah berkurangan.. rasa sayu selalu mendatang.. rasa hiba kekadang ziarah dalam hati.. air jernih di mata selalu sahaja mngalir di pipi..

ya.. aku sedar aku siapa. tiada rupa.. tiada harta.. tiada istimewa.. tiada kelebihan.. tapi aku tahu aku dicipta dengan sempurna.. dunia hanya sementara. akhirat kekal selamanya.. aku xkan berdendam dengan sesiapa. tapi ambil tahulah wahai manusia balasan tetap ada..

hari ini aku terima apa kaw lakukan. hari esok mungkin aku terima lagi.. tidak mngapa. aku redha.. aku tahu hal ini bukan sekali sahaja mendatang.. tapi ingat x dibumi.. diakhirat kaw terima balek ape kaw lakukan.. aku xmarah.. aku xgeram. aku cuma ingin kata apa kebenaran...

pedih hati ini kaw pandang. sedih lagi aku yang menanggung seksa disini..

T_T